Selasa, 24 Mei 2011

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

SMK DATIN ONN JAAFAR

PROGRAM BACAAN

1 GURU 1 MURID 1 BUKU 1 MINGGU

1. Judul : Penenang Jiwa Pengubatan Rawatan

2. Pengarang : Imam Al-Ghazali

3. Penterjemah : Muhammad Qadirun Nur

4. Penerbit : Whole Sale Mart.

5. Pembaca : En. Sarpan bin Abu Bakar (Guru Media)

6. Tarikh : 1 April 2011

7. Sinopsis :

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri disisi ALLAH. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada ALLAH sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. ALLAH akan menilai semua usaha-usaha tersebut
jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.

Kitab yang setebal 438 mukasurat ini dibahagikan kepada 111 bab kesemuanya.

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

PROGRAM BACAAN

1 GURU 1 MURID 1 BUKU 1 MINGGU

1. Judul : Jalur Sinar di Celah Daun

2. Pengarang : Zaharah Nawawi

3. Penerbit : Alaf21

4. Pembaca : Siti Mardiah binti Mohammad Tahir

5. Tarikh : 15 Mac 2011

6. Sinopsis :

Cerita ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang nekad membina hidup baru selepas berkahwin. Mereka meneroka tanah di tepi hutan, bercucuk-tanam, berkebun dan membela ternakan. Suami sangat rajin dan berwawasan. Dalam masa yang singkat mereka dapat merasa sedikit kemewahan hasil keringat. Namun pelbagai cabaran datang menimpa. Pada suatu hari, kebun mereka terbakar. Hasil keringat habis musnah. Si suami akhirnya memilih untuk pergi bekerja kontrak di Singapura. Manakala si isteri pula menanti dengan penuh harapan agar kebahagiaan seperti dahulu kala kembali semula.

Penantian demi penatian, khabar berita semakin berkurangan. Akhirnya si isteri mengambil keputusan untuk menentukan nasibnya serta anak secara sendirian. Dia bertungkus lumus bekerja ambil upah, dan berkebun setakat terdaya. Lama kemudian, kebunnya memberi hasil kembali (namun tidak kering dengan cabaran termasuk diserang harimau). Dia gigih. Wang dikumpul untuk memiliki tanah yang diteroka. Suami kembali semula dengan hati terluka penuh hampa. Keadaan berjaya pulih seperti sediakala apabila suasana dijernihkan.

Cerita ini tentang perjuangan membina kehidupan. Walaupun tiada adegan atau aksi suspens, namun ia ada nilai moral dan motivasi yang tinggi.

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

PROGRAM BACAAN

1 BUKU 1MURID 1BUKU 1MINGGU

1. Judul :Si Kecil Menebus Nama

2. Pengarang : Maaruf Mahmud

3. Penerbit : Dewan Bahada dan Pustaka

4. Pembaca : Puan Siti Rahayu Binti Abdul Rahim

5. Tarikh :13 April 2011

6. Sinopsis :

Sarjan Ali seorang pesara polis merupakan pemimpin di Puterakota yang terletak di tengah-tengah Bandar raya Kuala Lumpur. Namanya cukup terkenal sebagai seorang yang gigih mencegah jenayah di bandar raya. Jenaya kecil hamper terbasmi sepanjang khidmatnya sebagai pemimpin. Anaknya Sazli, berusia dalam lingkungan 13 tahun amat setia membantu usahanya. Bahkan kepintaran Sazli banyak membantu ayahnya. Kegiatan jenayah yang paling hebat ialah penipuan dan pengedaran dadah. Encik Dolah Berkaki Kayu, Encik Leong dan Pak Cik Krishnan mempunyai sebab-sebab tertentu untuk memusuhi Sarjan Ali. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk menjatuhkan sarjan Ali, terutama disaast-saat akhir pemilihan suara di Puterakota. Namun Sazli, si kecik yang bijaksana Berjaya menebuh nama baik ayahnya, Sarjan Ali.

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

PROGRAM BACAAN

1 GURU 1 MURID 1 BUKU 1 MINGGU

1. Judul : Merancang Kejayaan

2. Pengarang : Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah

Ahmad Zabidi bin Abdul Razak

Noor shamsinar Binti Zakaria

3. Penerbit : PTS Millennia

4. Pembaca : Puan Siti Rohani Binti Harun

5. Tarikh : 10 April 2011

6. Sinopsis :

Buku ini merupakan hasil gabungan cetusan idea penulis dengan di bantu oleh penulis lain yang sudah berjaya menempuh cabaran di alam persekolah dan kini sedang melanjutkan pelajaran masing-masing ke menara gading.

Idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis dalam buku ini ialah bagi mencapai kejayaan, perancangan perlu dibuat, bukan mengharapkan kebetulan semata-mata. Buku ini menunjukkan aspek perancangan penting bagi memperoleh kejayaan sebenar. Buku ini menjelaskan individu berjaya tidak hanya bergantung kepada aspek akademik sahaja malah meliputi aspek jasmani, rohani emosi dan intelek. Antara topik perbincangan adalah pengurusan diri, mengenal diri dan melakukan perubahan menetapkan matlamat diri, memahami halangan kejayaan, membina kemahiran untuk berjaya dan kejayaan sebenar.

Buku ini untuk bacaan pelajar, remaja dan individu yang mahu berjaya. Segala kaedah dan strategi yang digunakan oleh para penulis yang sudah berjaya dapat dijadikan panduan untuk sama-sama memperoleh kejayaan yang diimpikan.

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

1 BUKU 1MURID 1BUKU 1MINGGU

1. Judul : Kesihatan Ibu dan Anak

2. Pengarang : Zawiyah Ahmad

3. Penerbit : Pustaka Cita Tinggi

4. Pembaca : Puan Nik Rosmawati Binti Nik Hassan

5. Tarikh : 10 April 2011

6. Sinopsis :

Pendidikan Kesihatan ini memaparkan pelbagai aspek penjagaan kesihatan yang perlu diketahui oleh semua individu. Selain dari cara-cara menjaga kesihatan warga emas, kanak-kanak cacat dan ibu mengandung, ianya juga merangkumi cara-cara merawat, menghindarkan diri dari dijangkiti penyakit, kaedah mengekalkan tahap kesihatan diri, pengambilan makanan yang seimbang dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, kesihatan adalah keperluan asasi sesebuah kehidupan. Hidup yang sihat merupakan cita-cita semua manusia yang waras tidak kira muda atau tua. Individu yang sihat mampu membentuk sebuah masyarakat yang harmoni manakala masyarakat yang sihat pula mampu membentuk sebuah negara yang maju dan makmur. Begitu yang dikatakan ramai negarawan. Selain itu, kesihatan yang baik juga mampu mencerdaskan minda, mengggarap ilmu dan maklumat ke dalam dada.

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

1 BUKU 1MURID 1BUKU 1MINGGU

1. Judul :Silap Perhitungan

2. Pengarang : Nir Shahmir

3. Penerbit : Pustaka Ewan

4. Pembaca : Cik Fatimah Binti Ismail

5. Tarikh :10 April 2011

6. Sinopsis :

Memaparkan pelbagai kisah yang penuh dengan nilai dan moral yang wajar diteladani oleh para pembaca semua golongan. Bahasa yang digunakan sangat mudah dan ringkas agar pembaca mudah meghayati kisah-kisah yang dibaca. Novel ini mampu memberi pengajaran dan teladan kepada para pembaca muda, remaja kini yang kebanyakkannya gemar melakukan sesuatu tindakan dengan mengikut kata hati. Kisah-kisah ynag terdapat dalam siri ini pasti akana dijadikan tauladan dan panduan kerana ia penuh dengan unsure-unsur moral dan nilai-nilai murni. Bak kata pepatah ‘yang baik itu dijadikan tauladan, yang buruk kita jadikan sempadan’.

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

SMK DATIN ONN JAAFAR

PROGRAM BACAAN

1 GURU 1 MURID 1 BUKU 1 MINGGU

Judul : Kitar Semula

Pengarang : Tony Hare

Penerbit : Pelangi

Pembaca : Cik Chin Wan Sim (Guru)

Tarikh : 10 April 2011

Sinopsis :

Dunia kita sentiasa berubah. Dalam buku ini, masalah mutakhir yang dihadapi dalam persekitaran diperkenalkan kepada para pembaca. Bagaimanakah kitar semula dijalankan? Apakah tujuannya dijalankan kitar semula? Apakah bahan-bahan yang boleh dikitar semula? Apakah akibatnya jika semua pihak tidak mengambil berat tentang kitar semula? Persoalan-persoalan yang penting ini telah dipersembahkan dengan teks yang jelas, ringkas dan padat berserta dengan ilustrasi yang berwarna.

Penyelesaiaan dan alternatif yang dikemukakan dan penekanan yang menyeluruh diberi dalam buku ini dengan tujuan menyedarkan pemuda-pemudi tentang tindakan yang mesti diambil untuk memastikan dunia kita kekal bagi generasi yang akan datang.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan pembaca.