Selasa, 24 Mei 2011

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

1 BUKU 1MURID 1BUKU 1MINGGU

1. Judul : Kesihatan Ibu dan Anak

2. Pengarang : Zawiyah Ahmad

3. Penerbit : Pustaka Cita Tinggi

4. Pembaca : Puan Nik Rosmawati Binti Nik Hassan

5. Tarikh : 10 April 2011

6. Sinopsis :

Pendidikan Kesihatan ini memaparkan pelbagai aspek penjagaan kesihatan yang perlu diketahui oleh semua individu. Selain dari cara-cara menjaga kesihatan warga emas, kanak-kanak cacat dan ibu mengandung, ianya juga merangkumi cara-cara merawat, menghindarkan diri dari dijangkiti penyakit, kaedah mengekalkan tahap kesihatan diri, pengambilan makanan yang seimbang dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, kesihatan adalah keperluan asasi sesebuah kehidupan. Hidup yang sihat merupakan cita-cita semua manusia yang waras tidak kira muda atau tua. Individu yang sihat mampu membentuk sebuah masyarakat yang harmoni manakala masyarakat yang sihat pula mampu membentuk sebuah negara yang maju dan makmur. Begitu yang dikatakan ramai negarawan. Selain itu, kesihatan yang baik juga mampu mencerdaskan minda, mengggarap ilmu dan maklumat ke dalam dada.