Selasa, 24 Mei 2011

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

PROGRAM BACAAN

1 GURU 1 MURID 1 BUKU 1 MINGGU

1. Judul : Merancang Kejayaan

2. Pengarang : Dato' Dr Mohd. Fadzilah Kamsah

Ahmad Zabidi bin Abdul Razak

Noor shamsinar Binti Zakaria

3. Penerbit : PTS Millennia

4. Pembaca : Puan Siti Rohani Binti Harun

5. Tarikh : 10 April 2011

6. Sinopsis :

Buku ini merupakan hasil gabungan cetusan idea penulis dengan di bantu oleh penulis lain yang sudah berjaya menempuh cabaran di alam persekolah dan kini sedang melanjutkan pelajaran masing-masing ke menara gading.

Idea utama yang ingin disampaikan oleh penulis dalam buku ini ialah bagi mencapai kejayaan, perancangan perlu dibuat, bukan mengharapkan kebetulan semata-mata. Buku ini menunjukkan aspek perancangan penting bagi memperoleh kejayaan sebenar. Buku ini menjelaskan individu berjaya tidak hanya bergantung kepada aspek akademik sahaja malah meliputi aspek jasmani, rohani emosi dan intelek. Antara topik perbincangan adalah pengurusan diri, mengenal diri dan melakukan perubahan menetapkan matlamat diri, memahami halangan kejayaan, membina kemahiran untuk berjaya dan kejayaan sebenar.

Buku ini untuk bacaan pelajar, remaja dan individu yang mahu berjaya. Segala kaedah dan strategi yang digunakan oleh para penulis yang sudah berjaya dapat dijadikan panduan untuk sama-sama memperoleh kejayaan yang diimpikan.