Selasa, 24 Mei 2011

SINOPSIS BUKU SIRI 1 TAHUN 2011

PROGRAM BACAAN

1 GURU 1 MURID 1 BUKU 1 MINGGU

1. Judul : Jalur Sinar di Celah Daun

2. Pengarang : Zaharah Nawawi

3. Penerbit : Alaf21

4. Pembaca : Siti Mardiah binti Mohammad Tahir

5. Tarikh : 15 Mac 2011

6. Sinopsis :

Cerita ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang nekad membina hidup baru selepas berkahwin. Mereka meneroka tanah di tepi hutan, bercucuk-tanam, berkebun dan membela ternakan. Suami sangat rajin dan berwawasan. Dalam masa yang singkat mereka dapat merasa sedikit kemewahan hasil keringat. Namun pelbagai cabaran datang menimpa. Pada suatu hari, kebun mereka terbakar. Hasil keringat habis musnah. Si suami akhirnya memilih untuk pergi bekerja kontrak di Singapura. Manakala si isteri pula menanti dengan penuh harapan agar kebahagiaan seperti dahulu kala kembali semula.

Penantian demi penatian, khabar berita semakin berkurangan. Akhirnya si isteri mengambil keputusan untuk menentukan nasibnya serta anak secara sendirian. Dia bertungkus lumus bekerja ambil upah, dan berkebun setakat terdaya. Lama kemudian, kebunnya memberi hasil kembali (namun tidak kering dengan cabaran termasuk diserang harimau). Dia gigih. Wang dikumpul untuk memiliki tanah yang diteroka. Suami kembali semula dengan hati terluka penuh hampa. Keadaan berjaya pulih seperti sediakala apabila suasana dijernihkan.

Cerita ini tentang perjuangan membina kehidupan. Walaupun tiada adegan atau aksi suspens, namun ia ada nilai moral dan motivasi yang tinggi.