Judul : Kisah Penderitaan Nabi Ayyub a.s. Yang Dimakan Ulat
Pengarang: Nurulbasri
Penerbit : Syarikat Nurulhas
Pembaca : Pn Nor Aini binti Maskat (Guru)
Tarikh : 6 April 2011
Sinopsis : Buku ini menceritakan tentang Nabi Ayyub a.s. yang menderita sakit, namun baginda hanya risaukan hati dan kata-kata yang keluar dari mulut baginda, baginda takut dimakan oleh dua ekor ulat yang tinggal. Tetapi Allah s.w.t. menjatuhkan kedua-dua ulat itu di mana seekor jatuh ke dalam air dan menjadi lintah, dan seekor lagi jatuh di darat menjadi lebah. Selepas itu Malaikat Jihrail a.s. pun turun membawa dua biji buah delima dari syurga. Nabi Ayyub a.s. bertanya kepada Malaikat Jibrail a.s. samada Allah masih menyayangi baginda dan Malaikat Jibrail a.s. menjawab ya dan Allah kirim salam kepada baginda serta menyuruh Nabi Ayyub a.s. memakan buah delima itu untuk sembuh.
Selepas sahaja Nabi Ayyub a.s. memakan buah delima tersebut, malaikat Jibrail a.s. menyuruh Nabi Ayyub a.s. berdiri dan menghentakkan kaki kanan baginda ke bumi. Nabi Ayyub a.s. pun berbuat demikian, lalu keluarlah air panas dari bumi. Malaikat Jibrail a.s. menyuruh Nabi Ayyub a.s. mandi air panas tersebut dan dengan pantas penyakit Nabi Ayyub a.s. pun sembuh.
Boleh dibuat kesimpulan di sini bahawa memakan buah delima dan mandi air panas yang keluar dari perut bumi adalah baik untuk menyembuhkan penyakit kulit, insya Allah.